2010年11月1日星期一

Perkhemahan Kenaikan Pangkat LANS KOPRAL KAPA SMJK Chio Min

Pada 8-07-2010 hingga 10-07-2010,seramai 15 orang ahli KAPA SMJK Chio Min telah menghadiri satu perkhemahan untuk kenaikan pangkat Lans Kopral.Tempat perkhemahan tersebut berada di Sedim,Kulim,Kedah.

Pelajar berikut yang telah menyertai perkhemahan ini:-
1.CHIA YEE MIN
2.LAI YI SHENG
3.JOANNE LEE JOO YEN
4.FONG CHEE CHENG
5.MATTHEW NG JUN HUNG
6.SOH ZHUN YUAN
7.TANG YONG QUAN
8.CHIA YI ZHEN
9.JESICA JEVAMALLAR D/O ALBERT
10.RACHEL ANNE A/P SELVARAJA
11.MARGARET A/P WILLIAM THOMAS
12.TEOH KHAR CHUAN
13.JEGATISH A/L RAVINDRAN...
14.OOI KEE TACK
15.SHEKINAH SHAMINI A/P VICTOR

15 ahli KAPA tersebut telah berkumpul di pejabat daerah Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kulim,dan mula bertolak pada 10:30 am selepas mendengar penerangan daripada pengawai-pengawai JPA.Selepas itu,semua dikehendaki menaiki trek yang telah disediakan supaya bertolak ke Sungai Sedim.
Setelah tiba di Sungai Sedim sahaja,semua ahli KAPA yang menyertai kursus ini daripada seluruh daerah Kulim diminta masuk baris dan menyayikan lagu Negaraku,lagu negeri Kedah dan lagu Jabatan Pertahan Awam.Semua ahli menyanyi dengan semangat yang patriotik.Selepas itu,semua ahli diminta mendirikan khemah masing-masing dalam masa sejam.

Selepas itu,aktiviti memperkenalkan diri dan berkomunikasi dengan pengawai serta ahli-ahli KAPA telah diadakan,melalui aktiviti ini,ahli KAPA Chio Min telah berpeluang untuk berkenal dengan ahli-ahli KAPA dari sekolah lain seperti SMK Taman Jelutong,SMK Serdang,SMK Sungai Kob,SMK Taman Kenari dan sekolah lain.Selepas itu,semua ahli diminta makan malam dan rehat selama sejam.Seterusnya,seorang pengawai memberi penerangan tentang fungsi dan peranan Kadet Pertahanan Awam dan setiap ahli telah mendapat satu set kain anduh,tali untuk ikatan dan sebuah modul.Pada waktu tengah malam pula,semua ahli lelaki diminta menjaga tempat perkhemahan secara bergilir-gilir mengikut jadual.

Pada hari yang kedua,aktiviti kawad kaki,latihan ikatan,latihan balutan dan ujian teori telah diadakan.Selepas makan petang,semua ahli diminta menduduki ujian ikatan dan balutan.Pada pukul 11 pm,semua ahli telah berpeluang untuk mengalami dan menghadapi cabaran yang mungkin tidak pernah berlaku pada kehidupan mereka,yakni berjalan dalam hutan tanpa membawa sebarang lampu suluh.Perjalanan ini amat menakutkan kerana keadaan yang amat gelap sehingga tidak dapat untuk melihat sesuatu objek.Walaubagaimanapun,ini telah memberi satu pengalaman dan kenangan yang amat sukar untuk dilupai dalam kehidupan mereka.Melalui aktiviti ini,semua ahli juga mempraktikkan semangat bekerjasama tanpa mengira agama,bangsa,dan budaya antara satu sama lain.Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua ahli KAPA kerana berjaya menghabiskan perjalanan dalam hutan yang gelap serta menakutkan walaupun perjalanan yang amat jauh dan juga hujan yang tidak begitu lebat pada pertengahan jalan.Dalam hal ini,ahli dapat menyerap nilai seperti tidak putus asa dan berjuang demi kehidupan.Pada pukul 2:30 am ,semua ahli KAPA berjaya pulang ke tempat perkhemahan dalam keadaan yang selamat.Mereka mempunyai perasaan yang gembira walupun sudah letih dan kotor.Selain itu,semua ahli juga bersyukur kerana berjaya untuk perjalanan ini.

Pada hari yang ketiga,ujian kawad kaki dan ujian teori telah diadakan.Perkara yang membanggakan ialah semua ahli KAPA telah berjaya menduduki ujian tersebut dan akan dinaikkan pangkat kepada Lans Kopral.Tahniah diucapkan!
Selepas itu,semua ahli dibenarkan pulang masing-masing.Semua ahli berasa gembira walaupun dalam keadaan yang begitu letih dan mengalami tidur yang tidak mencukupi.

Melalui perkhemahan ini,ahli KAPA Chio Min menyedari bahawa kerjasama antara satu sama lain amat penting dalam melakukan sesuatu.Selain itu,ahli KAPA Chio Min juga lebih berdisiplin.

Senarai AJK KAPA SMJK Chio Min,Kulim,Kedah tahun 2010/11

Guru Penasihat   :   En Norelham
                             Pn Arutselvy
                             En Thinagaran
                             Pn Siti Suriani
                             Cik Nurul Naddia

Pengerusi                              :                  Teoh Khar Chuan 6RA2
Naib Pengerusi                     :                  Ooi Kee Tack 6RA2
Setiausaha                            :                  Rachel Anne Selvaraja 6RS1
Pen.Setiausaha                     :                   Lim Bao Ning 4TM1
Bendahari                             :                  Margaret William 6RS1
Pen.Bendahari                      :                   Jesica Jevamallar 6RA1
Komander                            :                  Chia Yi Zhen 6RS 1
Pen.Komander                     :                   Jegatish 6RA2
Ketua Disiplin                       :                  Chia Yi Zhen 6RS 1
Pen Ketua Disiplin                :                   Jegatish 6RA2
Ketua Pertolongan Cemas    :                   Chia Yi Min 2ST1
Pen.K Pertolongan Cemas   :                   Fong Chee Cheng 3ST1
Ketua Platun                        :                   Chan Jin Keat
                                                               Joanne Lee Joo Yen
                                                               Matthew Ng Jun Hong